09 September, 2010

Selamat menyambut Aidil Fitri kepada semua pembaca blog,

16 Ogos, 2010

BERHAJAT UNTUK MELAKUKAN BADAL HAJI/UPAH HAJI




Tambah Imej


Kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk melakukan upah haji pada tahun ini di atas sebab-sebab berikut :

1. Kematian yang tidak sempat menunaikan haji ketika hidupnya.

2. Keuzuran yang secara adatnya memang tidak dapat menunaikan haji seperti sakit yang tiada harapan sembuh,lumpuh dan lain-lain.
Kadar bayaran Badal Haji / Upah Haji dan Umrah adalah sebanyak RM 2.500 seorang.
Kami akan mencari mereka yang berkelayakan sahaja akan dipilih bagi membantu melakukan BADAL HAJI / UPAH HAJI ini.


Cenderahati akan diberikan MELALUI POS sebagai tanda pelaksanaan Badal Haji berupa:-
1. Sijil Pelaksanaan Badal Haji

2. Sejadah

3. Kopiah (Ketayap)

4. Tasbih

5. Serban

6. Minyak Wangi

7. Kami juga akan membuat Tahlil kepada aruah yang di hajikan

MAKLUMAN DAN PERHATIAN

1. Pada masa ini kami hanya menerima mermohonan daripada Malaysia sahaja bagi memudahkan urusan penghantaran barangan cenderahati.

2. Barangan cenderahati akan dikirimkan dengan kadar segera, selewat-lewatnya sebulan selepas semua Jemaah Haji Pulang ke Tanah Air dari Tanah Suci Makkah.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Oktober 2010 bersamaan 1 Zulkaedah 1431 Hijrah. Bagi memudahkan kami mencari mereka yang berkelayakan untuk melaksanakan BADAL HAJI/UPAH HAJI ini.

CARA MEMOHON

Sekiranya sahabat-sahabat berminat sila e-mail kan ke badal.haji@yahoo.com

Sila e-mail kan butir-butir berikut:

1. Nama Pemohon

2. Nama Aruah/Orang hendak dihajikan

3. Alamat Pemohon

4. No.Telefon

5. Alamat e-mail

InsyaAllah Kami akan menghubungi Sahabat-sahabat yang berminat.

15 Ogos, 2010

BADAL HAJI / UPAH HAJI




Badal Haji / Upah Haji

Erti Upah Haji ialah mengupah seorang yang telahpun menunaikan Haji bagi dirinya sendiri, untuk melakukan Haji untuk orang lain pula. Orang lain itu samada telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh menyebabkan orang lain itu tidak mampu kesihatan untuk ke Tanah Suci. Haji untuk orang lain seperti ini dinamakan Haji Badal.

Hukum Haji dan Umrah

Erti Haji ialah mengunjungi Kaabah (Baitullah) dalam Bulan-bulan Haji kerana mengerjakan Tawaf, Saie, Wuquf dan lain-lain menurut syarat-syarat serta menunaikan wajib-wajibnya.

Erti Umrah ialah mengunjungi Kaabah (Baitullah) pada bila-bila masa kerana mengerjakan Tawaf, Saie dan lain-lain menurut syarat-syarat serta menunaikan wajib-wajibnya.

Haji dan Umrah diwajibkan sekali sahaja dalam seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan (atau berkuasa) samada lelaki atau perempuan.

Firman Allah swt, “Dan kamu sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah : 196). Firman Allah swt, “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia untuk mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu pergi ke sana” (Ali Imran : 97).

Erti Berkemampuan ialah:

1. Berkuasa dengan sendiri, atau

2, Berkuasa dengan pertolongan orang lain.


Berkuasa dengan sendiri ialah memiliki perbelanjaan perjalanan dan tempat tinggal di Tanah Suci dan cukup bekalan untuk ditinggalkan bagi orang-orang yang dibawah tanggungannya di Tanahair, ada kenderaan, aman perjalanan, sihat tubuh badan dan berkesempatan masa. Syarat-syarat tambahan bagi wanita ialah mendapat izin suami dan hendaklah ditemani oleh suami atau mahramnya ke Tanah Suci.

Berkemampuan dengan pertolongan orang lain ialah :

1. Orang yang memiliki perbelanjaan untuk ke Tanah Suci tetapi tidak dapat mengerjakan sendiri kerana terlalu uzur dan sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua umurnya yang telah putus asa tidak dapat ke Tanah Suci.

2. Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya tetapi tidak sempat mengerjakan Haji.

Dalam hal ini terhutanglah fardhu Hajinya ke atas warisnya atau orang yang menerima wasiatnya untuk menyelenggarakan hutang hajinya dengan upah yang yang berpatutan atau sukarela. Ini dinamakan Badal Haji.

Hukum Haji Badal

Islam membolehkan seseorang yang telah pun mengerjakan Haji dirinya sendiri untuk mengerjakan Haji bagi pihak orang lain yang telah meninggal dunia atau orang yang masih hidup tetapi tidak berkuasa ke Tanah Suci kerana terlalu uzur.

Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi saw

dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”. Nabi saw menjawab, “Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari).

Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi saw berkata kepada wanita tersebut, “Kerjakanlah Haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An-Nasaie).

Dari hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa boleh mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian. Nabi saw juga membuat perbandingan dimana melunaskan Haji yang belum dikerjakan adalah seperti melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia.

Pahala Haji Badal

Apabila Haji Badal dikerjakan dengan sempurna, kesemua pihak yang terlibat dalam perlaksanaannya mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.

Dari Ibnu Abbas ra berkata, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meningal dunia, ditulis bagi orang yang telah meninggal dunia itu satu Haji dan orang yang mengerjakan Haji tersebut mendapat tujuh Haji”. Dalam satu riwayat lain, “Dan bagi orang yang mengerjakan Haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Zar).

Dari Abi Razin Al-Uqaily bahawa dia berjumpa Nabi saw dan berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku terlalu tua dan tidak larat untuk mengerjakan Haji, Umrah atau berjalan dalam rombongan”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji dan Umrah bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat At-Tarmizi dengan katanya hadis ini bertaraf hasan sahih. Nama sebenar Abi Razin ialah Laqit bin Amir).

Haji Badal bagi orang yang masih hidup Dari Al-Fadl bin Abbas bahawa dia pernah menunggang bersama Rasulullah saw lalu datang seorang lelaki bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku terlalu tua. Jika aku mengangkatnya secara tanggung, dia tidak boleh memegang kuat. Jika aku mengikatnya aku khuatir boleh membinasakannya lalu meninggal dunia”. Sabda Rasulullah saw, “Jika ibumu berhutang dengan seseorang, tidakkah engkau yang akan melunaskannya?”. Dia berkata, “Ya”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji bagi pihak ibumu”. Dari dalil di atas, jelas menunjukkan bahawa dibolehkan seseorang mengerjakan Haji bagi pihak seseorang yang lain yang masih hidup tetapi tidak berkuasa mengerjakannya untuk dirinya sendiri.

Datang seorang lelaki dari kaum Khath’am kepada Rasulullah saw bertanya tentang ayahnya yang tidak berkuasa mengerjakan Haji, “Adakah diterima Allah jika aku mengerjakan Haji bagi pihaknya?”. Sabda Rasulullah saw, “Adakah kamu anak sulungnya?”. Dia menjawab, “Ya”. Sabda Rasulullah saw, “Tidakkah engkau melihat jika ayahmu berhutang, adakah engkau akan melunaskan hutang tersebut?”. Dia menjawab, “Ya”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji bagi pihaknya”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dengan penambahan “Ayahku tidak larat menunggang tunggangan sedang Haji diwajibkan ke atasnya. Adakah boleh aku mengerjakan Haji bagi pihaknya?”).

Dari hadis-hadis di atas menunjukkan wajib mengerjakan Haji ke atas orang yang tidak berkuasa jika sekiranya dia berkemampuan di segi harta dan ada anak atau orang lain yang boleh mengerjakan Haji tersebut bagi pihaknya.

Pahala anak yang mengerjakan Haji untuk kedua orang tuanya.

Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak kedua ibu bapanya, atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di Hari Kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan Allah swt)”.

Dari Jabir bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan Hajinya dan mendapat pahala sepuluh Haji”.

Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah saw bersabda, “Apabila seorang lelaki itu mengerjakan Haji untuk kedua ibu bapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibu bapanya serta disampaikan berita gembira kepada ruh-ruh ibu bapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan”. Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan Haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah Hajinya itu.

Seseorang tidak boleh mengerjakan Haji untuk orang lain jika dia sendiri belum mengerjakan Haji untuk dirinya. Dari Ibnu Abbas bahawa Nabi saw mendengar seorang lelaki bertalbiyah sambil berniat mengerjakan Haji untuk Syubrumah lalu bersabda, “Siapa dia Syubrumah?”. Lelaki itu menjawab, “Saudaraku”. Nabi saw bertanya, “Adakah engkau telah mengerjakan Haji untuk diri sendiri?”. Dia menjawab, “Belum”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakan Haji untuk dirimu sendiri terlebih dahulu, kemudian barulah kerjakan Haji untuk Syubrumah”. (Hadis diriwayatkan oleh Ad-Darqutny dan Ibnu Majah).

Hadis ini menjadi dalil mazhab Syafie bahawa seseorang itu tidak boleh mengerjakan Haji untuk orang lain selagimana dia belum mengerjakan Haji untuk dirinya sendiri.

Kesimpulan

Haji dan Umrah adalah wajib sekali seumur hidup ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan yang baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan. Kewajipan ini tidak terlepas walaupun seseorang itu telah meninggal dunia atau menjadi terlalu uzur jika sekiranya semasa waktu sihatnya dia telah mencukupi syarat-syarat wajib mengerjakan Haji dan Umrah. Menjadi kewajipan ke atas warisnya untuk melunaskan Haji dan Umrah si mati atau orang yang terlalu uzur secara mengerjakan Haji Badal dan Umrah Badal samada waris itu sendiri mengerjakannya (lebih afdhal) atau seseorang yang telahpun mengerjakan Haji dan Umrah dirinya diupah atau sukarela mengerjakan Haji dan Umrah bagi orang yang tidak berkuasa tersebut.

10 Julai, 2009

INFO

Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah al-haram di Makkah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya.

Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.

Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196).

Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:

Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".

Niat Ihram, Tawaf dan Sa'i tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan. Iaitu niat ihram di Miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram dan bersa'i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah. Terakhir sekali bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.

Beza Umrah dengan Haji ialah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji iaitu bulan Zulhijjah sahaja, dan hari kemuncaknya ialah pada hari Tasyrik 9,10,11,12 dimana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina.

Pada zaman sekarang Kerajaan Arab Saudi menetapkan mana jemaah umrah mestilah mengikut muassasah umrah dan memohon visa umrah melalui agensi umrah. Tiada lagi permohonan Visa umrah dapat dilakukan di Kedutaan Arab Saudi secara individu.


09 Julai, 2009

Haji


Setiap tahun umat Islam akan datang ke Kota Makkah bagi mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun mengikut kalendar Islam. Antara ibadat haji itu ialah tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Ibadah haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam.


Orang bukan Islam dan Makkah

Orang bukan Islam adalah dilarang daripada memasuki Makkah. Sekatan jalanraya diadakan pada setiap pintu masuk Kota Makkah. Hal ini bagi memelihara kesucian Kota Makkah.

Pengangkutan


Kemudahan pengangkutan berkaitan dengan Haji atau Umrah (haji kecil) adalah perkhidmatan utama yang boleh didapati. Makkah tidak mempunyai lapangan terbang, atau perkhidmatan landasan. Jalan-jalan berturap dan lebuh raya moden menghubungkan Makkah dengan bandar raya lain di Arab Saudi. Kebanyakan jemaah haji mengakses bandar ini melalui terminal haji Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz atau Pelabuhan Islam Jeddah yang kedua-duanya terletak di Jeddah

Nabi Muhammad s.a.w. ialah rasul terakhir umat Islam dan dilahirkan pada tahun 571 Masihi di Makkah. Semasa baginda berusia 40 tahun, baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. menerusi Malaikat Jibril di sebuah gua bernama Gua Hira di Jabal al-Nur (Bukit Cahaya). Pada tahun 622 masihi baginda berhijrah ke Yathrib (sekarang Madinah) yang juga menjadi kota suci Islam kedua

Sejarah



Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah s.w.t.Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang. Selepas Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah gurun beliau kembali ke tempat asalnya. supaya meninggalkan anaknya

Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara Al Safa, daripada Abi Qubais hinggalah ke Al Marwa. Dalam suasana yang kelam kabut itu Nabi Ismail a.s. yang sedang menangis, menghentakkan kakinya di atas tanah. Dengan izin Allah s.w.t., air keluar daripada tanah yang dihentak Nabi Ismail a.s. tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa tadi maka selamatlah Siti Hajar dan anaknya.

Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Dengan itu terlahirlah Kota Makkah. Nabi Ibrahim a.s. melawat tempat di mana dia meninggalkan anak dan isterinya tadi. Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. kemudiannya membina Kaabah.


Pada tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Makkah hendak diserang oleh tentera AbrahahSemenanjung Arab. Mujur dengan kuasa Allah s.w.t., tentera Abrahah ditewaskan. Tahun kejadian itu digelar Tahun Gajah. yang cemburu dengan kemajuan Makkah sebagai pusat keagamaan

Makkah juga merupakan tanah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. hidup di kalangan masyarakat yang menyembah berhala tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap tidak lupa akan ajaran Nabi Ibrahim a.s.

Lokasi Makkah, Madinah dan bandar-bandar lain di Arab Saudi.

Satu hari sewaktu Rasulullah s.a.w. (berumur 40 tahun) sedang berada di dalam sebuah gua yang bernama Gua Hira, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu daripada Allah s.w.t. Wahyu itu memerintahkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh penduduk Makkah. Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk Makkah tetapi kebanyakkan mereka menentangnya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya berhijrah ke Madinah pada tahun 622 masihi.

Ajaran Islam kemudiannya berkembang ke seluruh Semenanjung Arab. Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya kembali ke Makkah pada tahun 628 masihi bersama-sama ribuan pengikut baginda. Mereka memasuki Makkah tanpa mengalirkan darah. Penduduk Makkah akhirnya menganuti ajaran Islam dan ini menjadikan Makkah pusat perkembangan Islam.


Makkah al-Mukarramah

Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah, ibu kota Arab Saudi. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.

Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion muslim tak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun.

Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.

Umrah

Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah al-haram di Makkah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya.

Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.

Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196).

Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:

Aku berkata : "Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?". Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah".

Niat Ihram, Tawaf dan Sa'i tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan. Iaitu niat ihram di Miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram dan bersa'i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah. Terakhir sekali bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.

Beza Umrah dengan Haji ialah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji iaitu bulan Zulhijjah sahaja, dan hari kemuncaknya ialah pada hari Tasyrik 9,10,11,12 dimana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina.

Pada zaman sekarang Kerajaan Arab Saudi menetapkan mana jemaah umrah mestilah mengikut muassasah umrah dan memohon visa umrah melalui agensi umrah. Tiada lagi permohonan Visa umrah dapat dilakukan di Kedutaan Arab Saudi secara individu.

 
Template Design By:
SkinCorner